Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi

Berita Harian

  1. Skim Latihan Tenaga Pengajar 2011
  2. Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (sltppm)
  3. Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi

Skim Latihan Tenaga Pengajar 2011

Oleh Syuhada Choo Abdullah

Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi

Pelajar dipilih ikuti ijazah di 5 universiti berprestij United Kingdom
SERAMAI 50 lulusan cemerlang Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran akan dihantar melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka luar negara menerusi Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi, tahun depan.
Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, berkata bilangan itu meningkat lebih sekali ganda berbanding hanya 21 pelajar dihantar tahun ini dan 18 pada tahun lalu.

PengajarSkimPengajar

Katanya, pelaksanaan itu adalah salah satu agenda pengantarabangsaan program matrikulasi yang menjadi antara fokus utama bahagian berkenaan dalam Pelan Strategik Jangka Panjang.
Sambil menjelaskan penghantaran tahun ini sudah berlepas pada 21 September lalu, beliau berkata, pelajar terpilih itu mengikuti pengajian ijazah pertama dalam bidang sains di lima universiti berprestij United Kingdom.
Universiti terbabit ialah University of Surrey, University of Nottingham, University of Birmingham, University of Manchester dan King's College, University of London.

Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (sltppm)

'Menerusi jalinan kerjasama dimeterai sejak 2006, universiti terbabit berkeyakinan untuk memberi keistimewaan kemasukan terus kepada lulusan cemerlang Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran,' katanya.
Peraturan sedia ada di United Kingdom mensyaratkan pelajar tempatan dan antarabangsa menjalani saringan ujian Perkhidmatan Kemasukan Universiti dan Kolej (UCAS) sebelum layak memasuki mana-mana universiti negara itu.
'Pihak universiti terbabit bersetuju memberi laluan kemasukan terus khas kepada lulusan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran selepas meneliti dan yakin terhadap kualiti kurikulum program ini.
'Selain itu, ia juga atas dasar kepercayaan kepada jaminan bahagian ini untuk hanya menghantar lulusan terbaik yang mampu mengikuti pengajian dengan cemerlang.
'Ternyata pelajar yang dihantar berjaya membuktikan prestasi pencapaian tinggi. Malah, tinjauan terhadap kumpulan pertama mendapati seorang daripada empat pelajar yang mengikuti pengajian bidang Fizik di University of Surrey menduduki tempat teratas dalam peperiksaan akhir semester, manakala yang lain memasuki senarai tujuh terbaik,' katanya kepada Berita Harian.
Dalam konteks ini, Zainal Abidin berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM500,000 untuk setiap pelajar berkenaan yang ditaja menerusi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke universiti luar negara.
Katanya, pelajar dihantar ke United Kingdom akan mengikuti pengajian ijazah pertama selama tiga tahun dan setahun lagi menjalani latihan perguruan lepasan ijazah di sekolah negara itu.

Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Keputusan temu duga bagi pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon Teach For Malaysia (TFM) dan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi yang diadakan pada 24 Disember 2019 boleh disemak di sini. Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tentang Pusat Latihan Tenaga Pengajar. Diiktiraf 100% daripada kerajaan; KPT, MQA, JPA. Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Diploma, pekerja - Galeri PLTP. Permohonan bagi skim latihan akademik bumiputra (SLAB) dan skim latihan akademik latihan IPTA (SLAI). Skim latihan ini adalah untuk membantu mereka yang mempunyai kelayakan yang tinggi untuk mencapai kualiti ke tahap yang baik. Salah satu skim latihan yang akan membantu meningkatkan pencapaian anda.